Sunday, August 21, 2011

ConTenGan JalAnaN

Hlovate! Hlovate! Hlovate!......Penulis yang identitinya dirahsiakan. Sangat best buku ni....ahahaa Buku nie da lama dah di beli. Asenyer masa Pesta Buku kat PWTC awal tahun baru ni kot. Da lama nak share tapi xberkesempatan. Dalam buku nie ada dua cerita. Means dua dalam satu la kan. Cover dia pon sangat unik. Ape yang bestnyer, kalau baca karya Hlovate mata ngan minda kita akan terbukak. Tak banyak pon ckit mesti ade gaklah. Sangat-sangat sesuai untuk sesiapa yang nak berubah tapi tak sampai serunya lagi. Serius! sangat-sangatla berbaloi. Rugi gak la lau korang tak baca! eheee


Sinopsis: Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan
I – Fend
 
Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.

Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.
II – K²

Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.
Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.
Antara ayat-ayat yang menarik dalam buku nie:_
~A man who decides to change on the 12th hour dies on 11th hour~
 "Dont turn your back on God, nothing in life is guaranteed. But if you keep your faith, some things will be clearer than others. You still got of life ahead of you, man. Don't waste it doing the wrong things. And what's worse is ended up doing the wrong thing"
"Ramadhan tue bukannya diertikan dengan bazar ramadhan. Bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita. Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel. Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV. Tapi benda-benda tu la yang dah jadi definisi Ramadhan di Malaysia"
"Never assume. Ask."
"Baca Quran ini patutnya macam baca novel la. Patutnya lebih lagi daripada tu. Baca Quran ini kena ada feel. Kalau tak,tak bawa makna apa." Akmal sengih. Kalau orang baca novel tu boleh habis feel sampai menangis-nangis,baca Quran ni patutnya berkali-kali ganda lebih feel daripada itu. Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul boleh hayati kalam Allah ni."
"Tu la. Kita ni kadang-kadang berlagak." Akmal senyum segaris. "Kalau baca Quran dengan tafsir,kita sentiasa je letak diri kita jadi 'watak putih' dalam Quran tu. Tapi kita lupa,cukup ke kriteria kita nak jadi 'watak putih' tu? Cukup ke apa yang kita dah buat selama ini untuk dengan bangganya kata 'akulah orang yang disebutkan dalam ayat 'wahai orang beriman......' 'wahai orang Mukmin'....'golongan-golongan muhsin' tu. Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat yang tak ada limit tu? Betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?"
'Confusion' is a good explanation,for not understanding things that can't be reasoned. 
Walaupun aku tak boleh nak kata aku faham apa yang jadi dekat kau,Fend,tapi aku rasa sekurang-kurangnya aku dah mula nak menghala ke arah tu. Mungkin langkah aku lambat sebab aku belum belajar balik dan berguru, tapi yang penting kehendak tu ada. Tak apa la,Ku Kamaruzzaman. Biar jalan setapak-setapak asal tak tersungkur sebelum sampai. 
Cerita ni mengenai orang yang berubah. Mahu berubah. Berubah sebelum ajal tiba. Berubah kepada jalan cari Tuhan semula. Berubah ke jalan-Nya sebelum the 11th hour. Sebelum mati tiba.

RaMaDhaN

Pejam celik pejam celik dah nak abis suda puasa. Cepat sangat rasa...dan xperasan pon rupe-rupenye dah empat bulan berlalu hahaaa suda nak abis praktikal pon. Sepanjang tempoh ni, macam-macam benda yang jadi, macam-macam benda yang berlaku. Tapi berjaya jugak aq lalui upenyer...alhamdulillah.

"standing alone"
 Bercerita tentang puasa kan, ape pencapaian terbaik kita ea? Tinggal 10 hari je lagi ramadhan akan pergi tinggalkan kita. Tahun depan xthu lagi akan jumpe atau tak. Kalau tak hargai Ramadhan kali nie, tersangatlah rugi. Kita sememangnya kene bersyukur sebab ape, sebab kita masih diberi peluang untuk bertemu dengan bulan mulia nie.  Pendosa yang masih dapat peluang menjengah ramadhan untuk mencari keampunanNya. Alangkah beruntungnya kita kan.



eheehe bukan ke orang yang berusaha ke arah kebaikan itu sangat di alu-alukan. Even kalau kita ni xdela sebaik mana pun, kalau dalam hati tue ade niat nak berubah, InsyaAllah DIA bukakan jalan. Memang x dinafikan nak berubah ni halangannya banyak. Tapi kan bak kata Hazama "tak mudah tapi xsusah, terserah atas pilihan"....So, kita yang tentukan sama ada nak buat atau tidak. Yang penting buat perubahan tu perubahan kearah benda yang baik bukan kepada perkara-perkara yang tak baik. Apa salahnya kalau kita gunakan baki-baki Ramadhan ni tok kita baiki apa yang kurang. Jadikan Ramadhan kali ni berganda lebih baik dari yang sebelumnya. InsyaAllah...


 "Syukurku pada-Mu Ya Allah atas segala nikmat yang telah kuterima dan nikmat yang akan datang esok, lusa, dan nanti. Nikmatmu yang tak putus-putus merupakan bentuk kasih sayang-Mu Ya Allah. Dan ampunilah segala dosa yang melekat pada diriku ini. Di bulan Ramadhan ini, aku memohon ampunan-Mu…Amin"

Thursday, April 14, 2011

dUgaan

 bila da final year nie 
macam-macam la yang berlaku....
tambah-tambah lagi dengan exam yang da start mggu ni. 
mujurlah aq mula lewat ckit...hehee 
tp risau gler gak dah la sem nie jela yang tinggal. 
kalu tak buat bet0l-bet0l bila plak lagi kan. 
s0, nie jela peluang yang ada
itu baru pasal exam, kalau sebut pasal LI lagilah tambah kusut kepala neh. 
Rasa macam nak menangis terduduk sambil peluk lutut...T-T 
sedey nyerlah....mula-mula dah dapat, 
then aq tunggulah surat dari company.
TUnggu punye tunggu bila wat f0l0w up dorang kata tak dapat pulak. 
sampainya hati
 kenapa tak menti0n awal-awal xdelah aq terc0ng0k je tunggu surat diorang. 
nie dah lewat dekat dua minggu. 
aq da xth nak buat camne dah.
perit rasa....
w'pon dr da bagi tambahan masa tapi still rasa takut. 
takut tak sempat. 
pikir benda nie semua sampai study p0n tah ke mana....
sampai tak larat nk fikir dh. 
hahaaa tak nak pikir boleh tak?? 
huwaaaaa
sape ley t0long aq??
huk3 sadis...
aq xnk putus asa lagi....tapi tetiba da rasa xlarat hurm
nie sume ujian kan
Allah bagi aq ujian supaya aq ingatkan DIA
dr. r0hayu pernah cakap
"mungkin Allah rindu nk dengar doa dari awk sebab tue awk lmbt sikit....
lmbt tak bermakna awk kurang dari orang, cuma Allah rindu....."
ya mungkin begitu....


Tuesday, March 22, 2011

dUhAi hati

Penyakit hati nie semua orang ada dan semua orang boleh feel sendiri. penyakit hati nie jika tak dibendung  parah jadinya. hati kita mesti kita je kan yang tahu selain DIA. bila kita mula rasakan hati kita semakin tercemar, mesti terdetik kita akan berkata "Ya Allah Bersihkanlah hatiku..." semua orang tak mahu hatinya kotor. kalau hati kita k0t0r agak-agak ada tak yang nak dekat, hahaaa rasanya tak ade. bila rupa cantik, tapi hati kotor kecantikan tue akan nampak pudar, kalau rupa takde hati pula kotor lagilah....kalau rupa takde hati bersih kecantikan tue akan terserlah dengan sendirinya dan kalau rupa cantik hati bersih masyaAllah bertambah-tambahlah kecantikan itu.

 " Ketahuilah,sesungguhnya dalam jasad terdapat segumpal daging, apabila dia baik maka jasad tersebut akan menjadi baik, dan sebaliknya apabila dia buruk maka jasad tersebut akan menjadi buruk, Ketahuilah segumpal daging tersebut adalah "Qolbu" yaitu hati ".( Hadis Riwayat Bukhori )


lihat pada hadis ini kita dah tahu betapa pentingnya hati itu, betapa ia perlu dijaga, dipelihara dan diindung. Tanpa kita sedar banyak sangat perkara yang kita buat dah merosakkan hati dan rupanya kita telah bina tompok-tompok hitam dalam hati kita. Kadang-kadang benda tue nampak simple, nampak remeh. Termasuklah lagho sampai lewat-lewatkan solat, mengutuk mengata jangan citelah, belum lagi masuk bab dengki mendengki segala bagai. hurm nampak macam takde ape-ape je. lama-lama hati kita pun jadi keras. 




Bila kita dah mula keras hati, bimbang kalau kita tak mampu nak melembutkannya lagi. Mintaklah dijauhkan. Jadi, untuk mengelakkan sume nie berlaku, eloklah kalau kita cari inisiatifkan untuk bersihkan hati kita yang da mulai tercemar. banyak sebenarnya kaedah yang boleh kita gunakan, antaranya yang disebut oleh dr. fadzilah khamsah nie;



1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih." 


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 


3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 


4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurangkurangnya bacalah "Qulhu- allah" sebanyak 3X. 


5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka). 


7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH!!). 


8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan. 



9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa). 


10. Kekalkan wuduk. 


11. Bersedekah. 


12. Belanja orang makan. 


13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak). 


14. Berkawan dengan ulama. 


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi). 


16. Pesan pada orang, jadi baik. 


17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat. 




"ya Allah, jadikanlah aq dalam setiap segi menjadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik....."
 amin~


Thursday, March 10, 2011

huru hara

dek kerana kena hantar dua tugasan sekaligus hari nie
aq jadi huru hara kot
macam-macam dugaan....
pagi-pagi bangun edit tugasan mana-mana yang perlu
pergi klas dengan laptop segala bagai
tengah-tengah perjalanan sendal putus plak
mujur boleh jalan lagi
bila nak print asigment....teng0k2 pendrive tetinggal
laptop bawak pendrive tinggal
memang bagus sgt
tunggu membe datang bawak pendrive 
gila lama kot hahaaa
seb baek ade group member laen lalu, pinjamla seketika
h03 bukan seketika tetapi sangat lama
sian dorang kene tunggu....sory sangat2
 xsengaja dah menyusahkan korg
terpaksa tggu lama

moral of the story
buat tugasan tue awal-awal la ckit ea
jangan jadi macam saya
dahla susahkan diri sendiri
terpaksa pulak susahkan orang laen
haiss...

ps: jadilah manusia yang berguna untuk nusa dan bangsa =))

Friday, March 4, 2011

MeDik 2011

malam tadi berlangsunglah Malam EkSekutif DinnEr kajai. untuk kesekian kalinya cH0ka-ch0ki menjOinkan diri hahaaa cumanya kami hanya berempat...tak seperti tahun-tahun lepas. ada as, ade nAd, ada cici....tapi kali nie ada miRa. berdinner dengan d0rg memang giler ha3 empat orang konker satu meja....





dinner nie takdela meriah macam yang lepas-lepas, bese-bese je p0n
tp ktrg enj0y giler kot
tema: masquerade vs rOck sTar...hahaa kesah ker?? baju kurung suda....

huhuuu satu jew yg plik sikit, rasanya before majlis baca d0a dl
tp kali nie menari-nari dulu kot huk3.....sadis!

persembahan yang macam gempak sikit fr0m glee gr0up
not bad lah....ser0nok tengok dorg, semangat giler.



makanan yang nampak bese bila makan boleh tahan sedap gak
makan tak berenti-renti....rasa-rasa sape tue?? 0pssss
yang paling klakar, xpenah-penah pegi dinner tapau makanan
first time....sumenye gara-gara mira ha3
abang ctering siap crikkan plastik t0k ktrg bungkus
siap bagi kotak dengan plastik sampah lagi t0k angkut bawak balik
tengah-tengah bungkus, dtg pakcik laen bawak makanan meja-meja sebelah bagi kat ktrg
hak3 sangatla sengal.....org depan jgn cter la, pandang-pandang sambil gelak-gelak lagi heh2
tak tahu la sape nak makan banyak-banyak tue

huhuu bungkus jgn tak bungkus

before balik sempatla bergambar dengan budak p0pular...hahaaaa p0pular ker. xpe2 kami s0kong kamu deNt......



ps: i wish, we w0uld spend time t0gether all over again wif you ch0ka-ch0ki....(^_^)

Thursday, March 3, 2011

m0ck auDit

sebut pasal audit, cuak kot hahaaa
orang management nak buat audit, hais macam weird jek bunyi
last tw0 week, Pn. Shaz announce midsem for QM class di mansuhkan
mula-mula dengar, wah...best2 hahaaa
walau pun malam tue beria-ria study t0k exam...
since dia sebut kita ganti mid dengan mock audit sume wat muke alamak apesal kene audit plak neh....
apa kaitan audit dengan mid sem ? konpiuus bt0l...
s0, sepanjang minggu before audit sume orang pikir macam-macam s0klan tok tanya auditee hehee
macam banyak ngat soklan erk padahal.....

briefing before audit...
hahaaa semalam nk g audit la k0n0n-konon
berdebar seh.....segala bagai perasaan keluar
buat benda yang kita tak tahu and xde experience langsung kot
sume da gelabah....before ktrg grak g pusat perakaunan ade la briefing sikit-sikit
sampai jew ktrg diberi task audit rangka kursus
banyak gak la, tp ok jew buat ramai-ramai kan heheee
ingatkan complecated sangat....tp alhamdulillah tak susah pun
semua bagi kerjasama, jadi kerja pun jadi mudah la kn??

tekun jew  dengar hahaaa
tapi, babak paling menarik bila kitrg start bukak soklan
bak kata pn. shaz sesi berapi....
hahaaa gelabah kot auditee 
bukan pe sebab dorg bukan yang sepatutnya org yang jwb soklan
hehee sian jew...bila lecture dtg barulah dorg tlg jwb kn ape yg konpius
sebenarnya tugas ktrg cuma crik kesalahan for impr0vement 
cume ter0ver tanyer lak hak3


apepun, siyes pengalaman yang sangatla best
dapatla gak tahu cmne auditor punya keje
gler ah, keje cari masalah je kot hahaa
kelakar pun ada, sume berlagak macam hebat sangat je smlm
yelah, dapat sh0ot auditee hahaaa padahal before g audit
jangan cite lah, siap cakap datang dengan perasaan curiga hek3
sekali da duduk situ, sume muka confident...takut segala bagai sume fly away terus
dapat gr0up member plak gile-gile, tak jadi apelah hahaaa
thanks to pn.shaz for this experience =))


ps: pasnie pkir rep0rt plak ea lalalaaa~