Sunday, February 19, 2012

Di Mana Dia Di Hatiku

Bercakap tentang hati automaticly orang akan fikir pasal CINTA. Mungkin sebab otak kita dah di programkan sebegitu sejak kecik-kecik lagi. Dan bila sebut pasal cinta orang akan assume yang kita ni tengah hangat bercinta pula. Tulah kita kan selalu membuat andaian. Semua orang akan bersemangat kalau cakap pasal cinta. Terutamanya golongan remaja. Betul tak?

Tiada siapa pun yang cakap cinta ni salah. Cintakan ada banyak kategori. Cinta pada Allah, cinta pada Rasul, cinta pada mak ayah, cinta pada keluaga, banyak sangatlah cinta kat dunia ni. Cuma kadang-kadang kita tak meletakkan cinta kita pada tempat yang betul. Mungkin sebab kita keliru atau mungkin kita tak cukup ilmu. Segalanya mungkin.


                                                          *      *      *      *

Ok back to realiti ahaaa sbb saya bukan orangnya kalau nak menghurai pasal cinta. Heh
Sebenarnya, bulan november lepas aq ada beli buku Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Ini buku pertama dia yang aq beli. "Di Mana DIA Di Hatiku?"



Bestkan tajuknya.Ini antara buku Bestseller ustaz Pahrol. Buku ni memang memberi inspirasilah pada sapa-sapa je yang baca. Banyak giler input yang boleh kita ambil dan ilmu yang boleh kita kutip. It's about Cinta Agung!!

Selepas baca buku ni past akan rasa sesuatu...tenang je. Penuh pengisian. Ia dah buatkan aq duduk termenung dan terpaku gakla. Kat sini aq nak share kata-kata yang ada dalam buku ni untuk renungan kita semua. Antaranya:-

Allah tu amat hampir. Tapi kenapa aku masih meminggir? Akalku alpa berfikir dan hatiku lupa berzikir...

Sekiranya hatimu keras, bukalah Al-Quran, baca dan faham isinya. Dan Sekiranya masih keras juga...bangunlah di dinihari. berwuduk dan berdoalah, pintalah padaNya agar dikurniakan hati yang lain kerana hati yang kau miliki waktu itu hakikatnya bukan lagi hatimu!

Orang yang paling kuat ialah orang yang mengaku lemah di hadapan Allah.

Jadilah solehah...bukan carilah solehah...InsyaAllah akan datang yang soleh untuk kita.

Kejahatan yang menyebabkan engkau menangis lebih baik dapada kebaikan yang menyebabkan rasa takbur.

Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak 'menjadi berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti.

Beribadatlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat dan buatlah kebaikan sampai anda terasa penat untuk berbuat dosa.

Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.

Ilmu itu adalah pelita hati, memancar cahayanya ke dalam iman, memancar ke luar, membuahkan amal. Ilmu itu penghias lidah. Orang berilmu bila bersuara, kata-katanya indah, penuh hikmah. Diamnya berfikir, suaranya zikir.

Malam...kalau ia dipenuhi ribut petir yang dasyat, kenangilah azab TuhanMu. Malam...kalau ia dihiasi bulan dan bintang haraplah RahmatNya. Keindahannya biar menerangi hatimu, kegelapannya usah menghitamkan amalmu.

"Tidak ada ku lihat sesuatu yang dinamakan syurga dimana penghuninya asyik tidur. dan tidak penah pula kulihat sesuatu yang dinamakan neraka, di mana orang yang hendak menghindarnya asyik tidur sahaja"

 Neraka Itu Seksa 

Jika hati keras  dipujuk dosa
kenangkan seketika seksa neraka
jurang dalam hitam yang menyala
sumur nanah dan telaga bisa
jilatan membakar kabaran menggila
kau takkan tega di sana

jika jiwa gelap dibujuk mazmumah
sentuh kulitmu yang tipis
mampukah kiranya ia menahan cairan besi
dapatkah ia bertahan direlau nan membuak
panas...panas...panasnya
70 kali ganda berbanding api dunia

jika dirimu liar dirasuk nafsu
bayangkan kau dipasung jahannam
teriak, tangis dan dengus berapi
dihembus dari lidah yang hangus
nafas berasap dan kau tercungap
hampir mati. kau dihidupkan kembali
begitulah...berulang kali.

teman...
bayangkan laut itu neraka
bayangkan udara itu bara
bayangkan bumi seluruhnya api
kayu kayan, pepasir, dedaun sepanas mentari
balasan penghuninya yang berdosa
maya pada ini bertukar menjadi neraka

bayangkan...
neraka itu lebih dasyat
daripada apa yang kau bayangkan
marilah kita terima kesukaran disini
demi mencapai kesenangan abadi
biarlah susah di dunia yang sementara
asalkan tak terjun ke neraka selamanya! 
By: Ustaz Pahrol Juoi

*Jadi, tiada siapa pun yang boleh mengubah kehidupan kita melainkan diri kita sendiri. 
Live Well or Live Hell. We CHOOSE~~

Sunday, January 1, 2012

Bakal Imamku

2012 is Coming. Huhui I'm Already 24rd. old enough kot tok pikir to next level in life. By d way Happy New Year guys...ehee

Bakal Imam ek...rasenyer pergi mana-mana skg nie, soalan wajib kuar "Bila hang nak kawen?", "Dah ada calon ker blom neh?". Heh annoying kot kadang-kadang. But normallah kan, bila dah umur bayer-bayer camnie memg da patot kawen dah. Bila tengok kawan-kawan sume da couples, ade gakla rasa nak berkapel tue. Yelah, da namanyer pon fitrah manusia yang mana Allah jadikan kita ni sume berpasangan. Kan?

Tapi bagi aq benda ni sume bukan tentang kapel je. It's more than that, right? Apa yang aq perhatikan, bila berkapel macam-macam benda leh jadi. Aq admitla manusia boleh berubah tapi kalau perubahan tu bawa kepada something worse than before tok ape? Bila kapel da start pandai pegang-pegang tanganlah, naek motor dengan lelaki yang terang-terang bukan muhrim, keluar sampai tengah malam sbb rindu giler punya pasal, sanggup buat ape saje tok bf padahal no need pon sebenarnyer and the worst things yang aq tengok is when talk about dosa pahala, ayat bese kita dengar "Alah, aq bukan buat ape pon. Kuar jalan-jalan je kot" atau "Kalau aq nak buat benda bukan-bukan dah lama aq buat". Inilah yang paling aq takut. Takut jadi kat diri sendiri.  Sebab fitnah tue kat mane-mane je sebenarnya.

I'm not going to point finger tue anybody...xde niat langsung nak pertikaikan. Serious! Aq tahu sebenarnya mereka sedang diuji. Aq plak belum Allah uji dengan ujian yang sebegini. Tapi aq bersyukur bila xberkapel bermakna aq tak perlu nak menambahkan dosa yang sedia ada. Aku Mohon Ya Allah Kau Lindungilah aku.

Member-member selalu tanyer kenapa tak kapel? Jawapan terbaek yang aq boleh bagi adalah "aq bukan nak cari BF tapi aq nak cari SUAMI". Yup! aq nak cari suami yang boleh bimbing aq dan aq nak cari ayah untuk anak-anak aq. Cliche tak cliche la kan...hahaa



Masing-masing ada pendapat sendiri tentang ciri-ciri bakal suami idaman...Sebenarnya aq xdela kisah sangat tentang macam mana ghopenyer bakal suami aq nanti. Janji sejuk mata memandang dah memadai. Lau dapat yang hensem tu kira bonus la kan ahahaa...aq harap bila dia tengok aq dia tak kisah pon sape aq, dan xkesah pon ape yang orang akan cakap pasal aq. Aq nak someone yang sukakan aq kerana peribadi aq bukan hanya paras rupa semata-mata.

Dan yang paling penting, sentiasa jaga hubungan dengan Allah. Solatnye dijage maruah pon dijaga. Besenyer lau soal maruah orang akan point pada perempuan je kan? Tapi bagi aq sebenarnye tak. Lelaki pun sama. Aq nak cari lelaki yang tak suka-suki nak pegang-pegang tangan perempuan yang belum dinikah, tak suka suki nak bawak anak dara orang merata-rata and takkan pakai seluar pendek depan khalayak. ahaaha demand gler...



"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik". Konsepnya senang je macam kita nak exam. Lau nak dapatkan result gempak kenalah usaha tok study smart kan? Untuk dapatkan bakal suami yang baik harusla jadi baik dulu. INSYAALLAH, i will. Walaupun aq bukan yang terbaik tapi i will do my best tok jadi yang terbaik. Amin.

UNTUK Bakal SUAMIKU....
"Dimana pun anda dan bilapun kita akan berjumpa, semoga kita ditemukan dalam keadaan yang baik.  Aq berharap kita akan sama-sama menuju syurga Allah. Kau bimbinglah aq agar bila aq jatuh akan ada yang membangunkanku semula. Aq harap kau akan jadi suami yang baik dan jadi bapa yang baik untuk anak-anak kita kelak. InsyaAllah. Dan jadilah suami yang bertanggungjawab dan jadilah imam yang baik untuk keluarga yang bakal kita bina nanti. Amin...."


Hope to find someone yang sama macam Ayah ehehee....sebab ayah sweet sangat.  Sayang ayah ketat-ketat ^^