Tuesday, March 22, 2011

dUhAi hati

Penyakit hati nie semua orang ada dan semua orang boleh feel sendiri. penyakit hati nie jika tak dibendung  parah jadinya. hati kita mesti kita je kan yang tahu selain DIA. bila kita mula rasakan hati kita semakin tercemar, mesti terdetik kita akan berkata "Ya Allah Bersihkanlah hatiku..." semua orang tak mahu hatinya kotor. kalau hati kita k0t0r agak-agak ada tak yang nak dekat, hahaaa rasanya tak ade. bila rupa cantik, tapi hati kotor kecantikan tue akan nampak pudar, kalau rupa takde hati pula kotor lagilah....kalau rupa takde hati bersih kecantikan tue akan terserlah dengan sendirinya dan kalau rupa cantik hati bersih masyaAllah bertambah-tambahlah kecantikan itu.

 " Ketahuilah,sesungguhnya dalam jasad terdapat segumpal daging, apabila dia baik maka jasad tersebut akan menjadi baik, dan sebaliknya apabila dia buruk maka jasad tersebut akan menjadi buruk, Ketahuilah segumpal daging tersebut adalah "Qolbu" yaitu hati ".( Hadis Riwayat Bukhori )


lihat pada hadis ini kita dah tahu betapa pentingnya hati itu, betapa ia perlu dijaga, dipelihara dan diindung. Tanpa kita sedar banyak sangat perkara yang kita buat dah merosakkan hati dan rupanya kita telah bina tompok-tompok hitam dalam hati kita. Kadang-kadang benda tue nampak simple, nampak remeh. Termasuklah lagho sampai lewat-lewatkan solat, mengutuk mengata jangan citelah, belum lagi masuk bab dengki mendengki segala bagai. hurm nampak macam takde ape-ape je. lama-lama hati kita pun jadi keras. 




Bila kita dah mula keras hati, bimbang kalau kita tak mampu nak melembutkannya lagi. Mintaklah dijauhkan. Jadi, untuk mengelakkan sume nie berlaku, eloklah kalau kita cari inisiatifkan untuk bersihkan hati kita yang da mulai tercemar. banyak sebenarnya kaedah yang boleh kita gunakan, antaranya yang disebut oleh dr. fadzilah khamsah nie;



1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih." 


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 


3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 


4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurangkurangnya bacalah "Qulhu- allah" sebanyak 3X. 


5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka). 


7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH!!). 


8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan. 



9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa). 


10. Kekalkan wuduk. 


11. Bersedekah. 


12. Belanja orang makan. 


13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak). 


14. Berkawan dengan ulama. 


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi). 


16. Pesan pada orang, jadi baik. 


17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat. 




"ya Allah, jadikanlah aq dalam setiap segi menjadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik....."
 amin~


No comments:

Post a Comment