Sunday, August 21, 2011

ConTenGan JalAnaN

Hlovate! Hlovate! Hlovate!......Penulis yang identitinya dirahsiakan. Sangat best buku ni....ahahaa Buku nie da lama dah di beli. Asenyer masa Pesta Buku kat PWTC awal tahun baru ni kot. Da lama nak share tapi xberkesempatan. Dalam buku nie ada dua cerita. Means dua dalam satu la kan. Cover dia pon sangat unik. Ape yang bestnyer, kalau baca karya Hlovate mata ngan minda kita akan terbukak. Tak banyak pon ckit mesti ade gaklah. Sangat-sangat sesuai untuk sesiapa yang nak berubah tapi tak sampai serunya lagi. Serius! sangat-sangatla berbaloi. Rugi gak la lau korang tak baca! eheee


Sinopsis: Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan
I – Fend
 
Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.

Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.
II – K²

Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.
Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.
Antara ayat-ayat yang menarik dalam buku nie:_
~A man who decides to change on the 12th hour dies on 11th hour~
 "Dont turn your back on God, nothing in life is guaranteed. But if you keep your faith, some things will be clearer than others. You still got of life ahead of you, man. Don't waste it doing the wrong things. And what's worse is ended up doing the wrong thing"
"Ramadhan tue bukannya diertikan dengan bazar ramadhan. Bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita. Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel. Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV. Tapi benda-benda tu la yang dah jadi definisi Ramadhan di Malaysia"
"Never assume. Ask."
"Baca Quran ini patutnya macam baca novel la. Patutnya lebih lagi daripada tu. Baca Quran ini kena ada feel. Kalau tak,tak bawa makna apa." Akmal sengih. Kalau orang baca novel tu boleh habis feel sampai menangis-nangis,baca Quran ni patutnya berkali-kali ganda lebih feel daripada itu. Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul boleh hayati kalam Allah ni."
"Tu la. Kita ni kadang-kadang berlagak." Akmal senyum segaris. "Kalau baca Quran dengan tafsir,kita sentiasa je letak diri kita jadi 'watak putih' dalam Quran tu. Tapi kita lupa,cukup ke kriteria kita nak jadi 'watak putih' tu? Cukup ke apa yang kita dah buat selama ini untuk dengan bangganya kata 'akulah orang yang disebutkan dalam ayat 'wahai orang beriman......' 'wahai orang Mukmin'....'golongan-golongan muhsin' tu. Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat yang tak ada limit tu? Betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?"
'Confusion' is a good explanation,for not understanding things that can't be reasoned. 
Walaupun aku tak boleh nak kata aku faham apa yang jadi dekat kau,Fend,tapi aku rasa sekurang-kurangnya aku dah mula nak menghala ke arah tu. Mungkin langkah aku lambat sebab aku belum belajar balik dan berguru, tapi yang penting kehendak tu ada. Tak apa la,Ku Kamaruzzaman. Biar jalan setapak-setapak asal tak tersungkur sebelum sampai. 
Cerita ni mengenai orang yang berubah. Mahu berubah. Berubah sebelum ajal tiba. Berubah kepada jalan cari Tuhan semula. Berubah ke jalan-Nya sebelum the 11th hour. Sebelum mati tiba.

No comments:

Post a Comment