Saturday, January 8, 2011

tak sengaja...

bila buat salah dengan orang
balasannya adalah...kita akan terus rase bersalah
selagi orang tue x maafkan kita kn??
waa...hari nie aq btol-btol xsengaja
siyes!!!
aq xde niat langsung nak wat camtu.
aq mamai sgt td
aq ltih gler...
harungi lautan manusia
dan secara xsengaja
dah menyusahkan org laen.
aq mintak maaf
careless...
jgn serik lg t0k dtg ukm
insyaALLAH
aq baiki clap 2..

p/s:silap tetap silap. bg bnyk alasan pun xguna kan?? (T_T)


Monday, January 3, 2011

Hamparan sejadah

Hari ini aq dapat sms dari adik aq rehan....katanya "hahaa kak pura, ko da 23 tahun..."
Ya Allah budak inikan memangla, pagi-pagi dah buat orang sentap. Bila di fikir-fikirkan balik, tua dah aq nie. Selama aq hidup apa jela yang aq da buat...aq pon tak pasti. nak kata matang pun macam tak jew lagi.

persoalan yang timbul dalam otak aq nie, makin panjang ke umur aq atau makin pendekkah?? huhuu
gerun plak nak pikir. perlunya muhasabah diri kan. cukup ke amalan kita?, terjaga ke solat lima waktu?...hurm entahlah, kadang culas gak. bangun lambatla, tertidolah apelah. pernah sekali akak(nyah) tegur aq, waktu tue dia baru nak sembahyang maghrib. aq plak baru lepas solat and mengaji sehelai dua lepas tue terus sambung balik baca novel yang tak abis aq baca. ayat dia ckit jew, tapi.... 

nyah: hait pura, tak mengaji ke??
aq: dahla, baru je lepas ngaji. (sebenarnya aq ngaji sehelai je kot, sebab nak kejar ke novel tu)
nyah: hah tuela, mengajinya kejap, mengadap novel berejam.

dush3....sentap kot! betul la tue. aq yang teruja nak baca novel tadi terus terbantut. tapi dek kerana ego aq wat dek jew. tak senonoh sungguh. yelah, baca novel berjam-jam takpe pulak nak mengaji sekejap pon macam berkira haisy....

aq ade dengar ceramah, time kita solatla kita kena fokus. tak sampai 10minit kot. time tu jela kita nak ingat DIA. kalau masa tengah solat pun kita dok ingat benda-benda lain kat luar apetah lagi. huhuu sangat-sangatla betul.

sebenarnya, bukanlah aq takde niat nak berubah. nak sangat-sangat. hari-hari doa nak berubah jadi lebih baik tak kiralah dari segi ape pun tapi selalu tak istiqamah. so, macam mana tue?? hati nie selalu berbolak balik.  ye, aq admit, kita nie manusia, tak pernah lepas dari buat silap. jadi, kenelah selalu mintak hidayah dariNYa supaya diberikan kekuatan tuk bertahan. insyaAllah.....

bak kata Hilal Asyraf "hidup ini umpama hamparan sejadah.." kenapa dia kata macam tue??
sebabnya jika kita pegang kata-kata nie segala-galanya akan jadi mudah. cuba korang fikir, ade ke orang buat jahat atas sejadah? minum arak ke, main judi ke atas sejadah. tak ade kan?? orang buat ibadat je takdenye yang nak buat dosa atas sejadah tue. betul tak?

so, kita fikirlah, benar ke kita anggap dunia nie hamparan sejadah?? apa yang da kita buat untuk islam?? atau sekadar teruskan hidup sebab masih diberi peluang untuk hidup?? huhuu kalau la kita semua pegang dengan kata-kata ni, mesti da tak sanggup buat dosa lagi dah.

beratkan rasa?? usia makin meningkat maknanya dah tak boleh main-main lagi. 

p/s:  ingatan tuk diri sendiri yang semakin tua =))

Sunday, January 2, 2011

Dek kErAna.....

pejam celik pejam celik dekat dua minggu da kat ukm ea....
rase macam baru sampai...walaupun kejap ngat masa tue belalu
tapi sebenarnya macam lambat plak
mana taknyer...kelas aq cuma selasa sampai khamis
s0, empat hari lagi ape nak buat?? tak kan nak balik tiap-tiap minggu hais
lau duit berkepok banyaknyer xpe. nie tak......paham-paham jela ek
jadi pekasam kot aq sbb dok teperap kt blk jek.

sebut pasal balik kan, tetiba aq teringat dekat mak aq huk3
selalu lau takde kelas mesti aq cari peluang nak balik pahang
tapi kali nie nak limitkan...bukan tak nak. tp cuba tahan diri dari balik hahaa
boleh ke macam tu?? tak cuba tak tahu kan?? huhuu
kemarin aq tepon umah, kebetulan akak aq ade balik.
dia tanyer "ko tak balik ke pura? mak dok tanye pasal ko, kate ko nak baliklah apelah...."
ayat mak lebey kurang camnie "aih balik sorang jew?? pura mana? dia kata nak balik kn...??"
hahaa mak-mak...padahal da dekat dua minggu aq tak tepon umah kot.
itulah mak, pantang anak-anak sebut nak balik mesti dia ingat punye, tak sebut nak balik pon katanya kitorang nak balik jugak hehee.
sebab ni la aq sanggup perabis duit balik selalu hahaa
tak sampai hati bila mak asyik tanyer. abis duit pon xpe kot.

kadang-kadang risau tengok mak. mak bukan sihat sangat. ade kencing manis, darah tinggi lagi.
baru-baru nie aq tanye kat akak aq, mak macam mana sihat?? ayah??
akak aq cakap alhamdulillah sihat...tapi mak tula, luka kat kaki memang nampak sembuh, tapi macam luka kat dalam. aritu aq tengok pun rasa macam tue, kaki mak nampak lebam. hurm....tapi mujur ade ayah hehee
the best father forever....ayahla yang jaga mak. cucuk ubat mak, bagi mak makan ubat.
setiap kali tengok dorang nampak sweet sgt. untungnye mak kan?? kalaula dapat suami macam ayah kan best
hahaaa berangan seketika*......

insan paling aq sayang dunia akhirat....

hehee rindu kat mak. rindu gak kat ayah.....biarla nak kate manja or ape-ape yang seangkatan dengannya.
ade aq kesah?! hahaa
nak tahu kenapa aq letak safra_hY as my blog. hahaaa sebab dorgla
safra means kuning keemasan. hY means haji yaakob & habibah yusuf...ade chemistry di situ kan.
maksudnye kat sini bukan nak jadi anak emas dorg. tak sama sekali.
tapi, nak menjadi anak yang sentiasa bagi cahaya kegembiraan dan kebahagiaan tok dorg. hehee skema jew.
sebab tula bila aq dapat masuk UKm first person yang aq bagi tahu adalah ayah. aq cek via sms je. aq simpan sampaila ayah balik. dapat je mesej, aq menjerit. akak aq pelik...tp aq tak cakap apa-apa. sampaila ayah balik. dalam hati aq kata, ayah kene jadi orang pertama yang tahu. masa tue happy gler...
yelah, akhirnya aq dpt realisasikan impian aq & keluarga. Niat aq, aq nak bagi mak ngan ayah rasa, apa yang ibubapa lain rasa bila  anak dorg dapat masuk u hehee alhamdulillah...impian tercapai jua.
and finally, adik-adik aq pon menyusul lepas tue. itulah hikmahnya.

tanpa mereka siapalah aq kan....moga Allah sentiasa memberikan rahmat dan kasih sayangnya pada kalian & sentiasa memberikan nikmat kesihatan yang baik pada ibu bapaku...Amin~


p/s: tak salah kan sesekali aq nak emosional hahaaa...