Monday, January 3, 2011

Hamparan sejadah

Hari ini aq dapat sms dari adik aq rehan....katanya "hahaa kak pura, ko da 23 tahun..."
Ya Allah budak inikan memangla, pagi-pagi dah buat orang sentap. Bila di fikir-fikirkan balik, tua dah aq nie. Selama aq hidup apa jela yang aq da buat...aq pon tak pasti. nak kata matang pun macam tak jew lagi.

persoalan yang timbul dalam otak aq nie, makin panjang ke umur aq atau makin pendekkah?? huhuu
gerun plak nak pikir. perlunya muhasabah diri kan. cukup ke amalan kita?, terjaga ke solat lima waktu?...hurm entahlah, kadang culas gak. bangun lambatla, tertidolah apelah. pernah sekali akak(nyah) tegur aq, waktu tue dia baru nak sembahyang maghrib. aq plak baru lepas solat and mengaji sehelai dua lepas tue terus sambung balik baca novel yang tak abis aq baca. ayat dia ckit jew, tapi.... 

nyah: hait pura, tak mengaji ke??
aq: dahla, baru je lepas ngaji. (sebenarnya aq ngaji sehelai je kot, sebab nak kejar ke novel tu)
nyah: hah tuela, mengajinya kejap, mengadap novel berejam.

dush3....sentap kot! betul la tue. aq yang teruja nak baca novel tadi terus terbantut. tapi dek kerana ego aq wat dek jew. tak senonoh sungguh. yelah, baca novel berjam-jam takpe pulak nak mengaji sekejap pon macam berkira haisy....

aq ade dengar ceramah, time kita solatla kita kena fokus. tak sampai 10minit kot. time tu jela kita nak ingat DIA. kalau masa tengah solat pun kita dok ingat benda-benda lain kat luar apetah lagi. huhuu sangat-sangatla betul.

sebenarnya, bukanlah aq takde niat nak berubah. nak sangat-sangat. hari-hari doa nak berubah jadi lebih baik tak kiralah dari segi ape pun tapi selalu tak istiqamah. so, macam mana tue?? hati nie selalu berbolak balik.  ye, aq admit, kita nie manusia, tak pernah lepas dari buat silap. jadi, kenelah selalu mintak hidayah dariNYa supaya diberikan kekuatan tuk bertahan. insyaAllah.....

bak kata Hilal Asyraf "hidup ini umpama hamparan sejadah.." kenapa dia kata macam tue??
sebabnya jika kita pegang kata-kata nie segala-galanya akan jadi mudah. cuba korang fikir, ade ke orang buat jahat atas sejadah? minum arak ke, main judi ke atas sejadah. tak ade kan?? orang buat ibadat je takdenye yang nak buat dosa atas sejadah tue. betul tak?

so, kita fikirlah, benar ke kita anggap dunia nie hamparan sejadah?? apa yang da kita buat untuk islam?? atau sekadar teruskan hidup sebab masih diberi peluang untuk hidup?? huhuu kalau la kita semua pegang dengan kata-kata ni, mesti da tak sanggup buat dosa lagi dah.

beratkan rasa?? usia makin meningkat maknanya dah tak boleh main-main lagi. 

p/s:  ingatan tuk diri sendiri yang semakin tua =))

No comments:

Post a Comment